Tindakan pelakon Suri Hati Mr. Pilot, Fattah Amin menyanyikan lagu Wanita Terakhir di hadapan Neelofa membuatkan peminat Lofattah bersorak.


Fattah Amin dan Neelofa dipertemukan semula menerusi Karnival Throwbaek Drama yang berlangsung di Nu Sentral hari ini.

Gandingan Fattah dan Neelofa itu membuatkan peminat Lofattah gembira kerana pasangan itu sudah lama tidak hadir secara umum selepas isu mengenai hubungan mereka hangat diperkatakan sebelum ini.

Menerusi akaun Instagram (IG) Lofattah Official yang mempunyai hampir 57 ribu pengikut itu, kebanyakan foto yang dimuatnaik menunjukkan gelagat  pasangan tersebut berinteraksi sepanjang acara berlangsung.

Peminat Lofattah juga masih menaruh harapan tinggi terhadap hubungan kedua pelakon itu supaya kembali bertaut.

Antara kapsyen yang ditulis oleh peminat ialah:

“Sama cantik, sama kacak, sama padan #lofattahofficial”, “Feeling betul Fattah nyanyikan lagu wanita terakhir #lofattahofficial,” dan “Dari mata turun ke hati gittew #doakanyangbaikbaik #surihatimrpilot #Lofattahofficial,”
Share this :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ceritatontons © 2017 ceritonton