Menari merupakan salah satu aktiviti yang dilakukan oleh pelakon Nelydia Senrose untuk menghilangkan kebosanan.


Menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam, Nelydia berkongsi satu video melalui Insta Story yang menampilkan dirinya sedang menari bersama sepupunya, Oktovia Manrose.

Nelydia yang mengenakan baju t-shirt berwarna putih dan berseluar hitam kelihatan begitu cantik ketika menari.

Siapa sangka adik kepada aktres Uqasha Senrose ini begitu pandai menari sehingga setiap pergerakan tarian yang dilakukan tidak nampak kekok.

Sepanjang video video tersebut, kelihatan Nelydia begitu seronok dan fokus menari walaupun adakalanya aktres itu nampak seperti malu-malu.

Bagaimanapun, video perkongsian Nelydia itu telah pun padam dan tiada di IGnya kerana setiap video yang dimuatnaik menerusi Insta Story hanya berkekalan dalam tempoh tertentu sahaja.

Di sini Astro Gempak kongsikan aksi comel Nelydia ketika menari yang sempat diambil di IGnya.
Share this :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ceritatontons © 2017 ceritonton