Mengisahkan tentang Nadia (Diana Danielle) yang tersedar dari koma selepas beliau terlibat dalam satu kemalangan kereta ngeri dan kemudian menjalani pembedahan di wajahnya. Tanpa sebarang memori lampau mengenai dirinya, dan tanpa mengingati siapa dirinya yang sebenar, Nadia dihantui dengan ilusi dan panggilan telefon daripada satu suara misteri yang menyuruh beliau membunuh suaminya sendiri, Amir Hisyam (Aliff Aziz) yang merupakan seorang pewaris kepada syarikat pembangunan hartanah terkemuka di Malaysia. Nadia terus menjadi keliru apabila beliau mula mengenali seorang lelaki bernama Fared Hanafi atau dikenali sebagai Red (Hefny Sahad), seorang wartawan penyiasat yang mempunyai seorang teman wanita dan rakan sekerja bernama Elisa (Zarina Zainoordin) yang telah hilang pada hari yang sama semasa Nadia mengalami kemalangan. Perkara-perkara yang berlaku secara kebetulan ini menjadikan Red lebih bersemangat untuk menjalankan penyiasatan beliau secara lebih terperinci, dan dengan bantuan Nadia, mereka terus mencari petunjuk sehinggalah membawa kepada perkara-perkara yang tidak dijangka dan membongkar rahsia sebenar. Maklumat-maklumat yang ditemui, mungkin dapat membantu Nadia untuk mengetahui siapa dirinya yang sebenar. Bagaimanakah pengakhiran perhubungan di antara Nadia dan Amir? Adakah Nadia dan Red mampu untuk menjejaki Elisa semula? Jalan cerita ini akan menjadi lebih menarik di dalam ‘Di Sebalik Wajah’ di mana penonton akan terus mengikuti perjalanan Nadia untuk merungkai misteri di sekelilingnya. Plot penceritaan yang menarik ini nyata mampu membuat penonton tidak berganjak dan terus menonton drama bersiri ini.
Share this :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ceritatontons © 2017 ceritonton