Mariam yang juga dikenali sebagai Yam gagal menjadi seorang pelakon kerana fizikalnya gempal. Dengan perasaan kecewa dia membawa diri pulang ke kampung dan di sana lebih banyak waktunya diisi dengan menonton filem hebat. Namun aktiviti hariannya itu tidak disenangi emaknya, Cik Leha, seorang penjual jamu yang berjaya di kampung itu. Suatu hari, terdapat produksi penggambaran di kawasan rumah mereka yang mahu mencari pelakon. Mereka mengadakan uji bakat berlakon dan Yam tidak melepaskan peluang keemasan itu. Siapa sangka impian Yam untuk berlakon akhirnya menjadi kenyataan. Dia tidak sangka usahanya selama ini berjaya dan baginya kelainan fizikal tidak menjadi penghalang buatnya.
Share this :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ceritatontons © 2017 ceritonton