Ali yang baru pulang bercuti pada hari raya tiba di stesyen bas ketika azan Maghrib sedang berkumandang. Menandakan waktu berbuka puasa juga tiba. Ali melihat seorang lelaki tua sedang meneguk air, berbuka puasa di sebuah meja gerai berhampiran. Ali kelam kabut mencari dompetnya untuk membeli air. Tetapi tidak menemui dompetnya. Lelaki tua itu meninggalkan meja dengan airnya yang berbaki separuh. Ali gelabah. “Mana dompet aku? Waktu berbuka sudah berlalu dan aku tidak patut melengahkan waktu berbuka puasa.” Tanpa berfikir panjang Ali terus mencapai botol air tadi dan meminumnya. “Sedangkan Nabi Adam dan Hawa dahulu hidup di Syurga, namun kerana kedua-duanya melanggar peraturan ALLAH kerana memakan buah khuldi, maka akhirnya mereka diusir dari Syurga dan diturunkan ke bumi” Ali tersentak. Dia tidak mahu dicampakkan ke neraka hanya kerana seteguk air yang diminumnya tanpa izin. Selepas menemui dompetnya di dalam beg sandang, Ali membuat keputusan mencari lelaki itu.
Share this :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ceritatontons © 2017 ceritonton