AZMI (26 tahun) adalah seorang pemuda yang bercita-cita untuk menjalani kehidupan yang mewah. Dia selalu berangan-angan untuk memiliki sebuah kereta import, rumah yang besar dan isteri yang cantik. Namun dengan kehidupan biasa yang dijalaninya sekarang, cita-citanya tersebut tak mungkin tercapai.Suatu hari, AZMI bertemu dengan kawan sekolah lamanya, MAIL (26 tahun) ketika sedang berjalan kaki pulang ke rumah selepas motorsikalnya rosak di tepi jalan. Ketika itu, MAIL sedang memandu sebuah kereta mewah. Dalam perjalanan pulang, MAIL turut menceritakan tentang banglo barunya yang bakal dibeli. Tertarik dengan kejayaan MAIL, AZMI bertanya apakah rahsia MAIL? Sedangkan taraf pendidikan mereka sama sahaja? MAIL menceritakan bahawa dia telah menyertai satu syarikat MLM. Syarikat itu memperolehi keuntungan yang sangat besar walaupun ianya baru ditubuhkan. Memandangkan syarikat itu baru ditubuhkan, MAIL mempelawa AZMI menyertai syarikat itu dengan gaji bulanan sebanyak RM10,000! Johan As’ari, Mawar Rashid, Shamsul Ghau Ghau
Share this :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ceritatontons © 2017 ceritonton