Rosnah (Zuki), 17 tahun merupakan anak sulung kepada pasangan Ismail (40-an) dan Rohani (40-an). Dilahirkan dalam satu keluarga miskin di satu kawasan pedalaman. Dia mempunyai dua orang adik, Syarifah (15 tahun) dan Ahmadi (12 tahun).Ismail dan Rohani mengambil upah menoreh getah. Walaupun kehidupan mereka serba susah, namun mereka tidak pernah mengabaikan pelajaran dan pendidikan anak-anak. Sementelahan pula Rosnah, Syarifah dan Ahmadi tergolong dalam pelajar cerdas di sekolah mereka. Mereka juga tidak pernah merungut dengan kesusahan mereka walaupun kadangkala mereka dipaksa berpuasa kerana tiada makanan apabila beberapa hari hujan. Ekoran dipaksa berpuasa, akhirnya berpuasa sunat menjadi amalam dalam kehidupan mereka.Apabila harga getah naik, itulah saat bahagia keluarga mereka. Ismail dan Rohani berpeluang membeli sehelai baju seorang untuk anak-anak dan mampu menyediakan makanan yang sedikit mewah walaupun pada orang lain ia tetap makanan ala kadar. Vanidah Imran, Khir Rahman, Adik Nurul Fateha. Skrip Mazelan Manan, pengarah Director Along Kamaludin.
Share this :
ceritatontons © 2017 ceritonton