Keluarga Pak Seman tinggal di sebuah kampung. Kehidupan mereka amat susah sejak Pak Seman menghidap penyakit tulang belakang 3 tahun lalu. Syukur yang merupakan anak sulung dalam keluarga terpaksa melepaskan peluang untuk sambung belajar kerana membantu ayahnya menyara keluarga. Pak Seman tidak mampu lagi bekerja dan hanya duduk di atas kerusi roda. Untuk membantu kehidupan keluarganya, Mak Lijah bekerja di sebuah warung. Manakala Syukur seorang yang buat semua kerja kampung yang boleh mendatangkan hasil bagi membantu keluarga dan pembiayaan ubat-ubatan Pak Seman. Kehidupan mereka bak kata orang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Kehidupan yang susah ini membuatkan Syawal selalu memberontak dan malu. Memberontak kerana segala kemahuan nya tidak dapat dipenuhi oleh ibubapanya dan malu kerana kawan-kawannya mampu hidup senang dan sering perli Syawal kerana Syawal tidak mampu hidup seperti mereka . Akhirnya Syawal hilang sabar dengan kehidupan keluarganya. Farid Kamil, Asyraf Aley, Hana Aqeela, Rosnah Johari, Dato Rahim Razali, Anis Al Idrus
Share this :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ceritatontons © 2017 ceritonton