Mengisahkan Khatijah atau Cat (Izreen Azminda) terpaksa pulang ke kampung bagi menjaga ibunya Mak Ati (Norlia Ghani) yang diserang angin ahmar. Di kampung Cat terjumpa semula bekas kekasihnya iaitu Cef Shak (Cef Fikree). Ketika itu masing-masing dengan status janda dan duda anak satu. Pada mulanya Cef Shak mengelak untuk berjumpa Cat kerana teringatkan peristiwa lama dia ditinggalkan Cat semata-mata memilih lelaki mat salih sebagai calon suami. Namun, Cat tetap berusaha memujuk dan menambat hati Cef Shak semula. Dipaparkan juga bagaimana Cat dan Cef Shak setiap hari menyediakan menu berbeza dan diberikan kepada jiran mereka.
Share this :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ceritatontons © 2017 ceritonton