Berlatarkan di kawasan sekitar Bandaraya Kuala Lumpur, kisah tertumpu kepada tiga beradik iaitu Kadir, Umi & Amir yang hidup berdikari setelah kematian nenek mereka.Kisah hitam keluarga mereka yang tersimpan dihati Kadir telah membuatkan mereka bertiga bergelut meneruskan hidup di kota metropolitan. Kadir, abang yang sulung perlu menjadi Ayah dan Ibu kepada dua adiknya iaitu Umi dan Amir. Semenjak ditinggalkan Ayah dan Ibu ketika usia masih mentah menjadikan mereka matang sebelum usianya. Ayah mereka yang terpenjara kerana kesalah mengedar dadah manakala Ibu mereka pula hilang meninggalkan mereka semenjak Amir berusia 5 tahun. Ibu mereka berkahwin lain namun di halang oleh suaminya untuk menjaga mereka..Ketika itulah Kadir mula mengerti, manusia akan melakukan apa sahaja untuk terus hidup. Kadir terpaksa menyembunyikan kisah sebenar dari pengetahuan adik-adiknya walaupun kerap kali di tanya tentang mereka. Jawapannya ringkas, “Mereka berdua telah tiada lagi di dunia ini”
Share this :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ceritatontons © 2017 ceritonton