Saleha (30-an) merupakan isteri kepada Zamarul (40-an) yang telah lama menyimpan wang untuk menunaikan ibadah haji seperti mana impiannya sejak kecil lagi. Walaupun perkahwinannya dengan Zamarul tidak dikurniakan seorang anak pun, Saleha pasrah dan redha dengan ketentuan-Nya. Saleha selalu membaca dan mendengar cerita jemaah haji yang telah pulang ke Malaysia. Saleha semakin tidak sabar dan semakin bersemangat untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci itu. Disebabkan itu jugalah Saleha sanggup mengikat perut dan berjimat cermat mengumpul wang dalam wang simpanan tabung hajinya. Suami Saleha pula, Zamarul pula tidak menunjukkan minat untuk mengerjakan ibadah haji walaupun dia pernah mendaftar untuk menunaikan haji melalui akaun simpananannya. Namun bagi Zamarul kos untuk mengerjakan ibadah haji itu terlalu tinggi dan lebih baik wang simpanan itu digunakan untuk tujuan lainnya.
Share this :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ceritatontons © 2017 ceritonton