Program realiti lawak spontan, ‘Super Spontan Superstar 2017' akan bersiaran selama 8 minggu dipancarkan secara langsung dari Dewan Percubaan UPM, Serdang mulai 8 September 2017 (Jumaat), jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) serta siaran serentak di Warna HD (saluran 124). Sebanyak 16 orang peserta yang terlibat terdiri daripada pelawak serta selebriti terkenal tanah air. Kesemua pemain dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama iaitu kumpulan ‘Tenggiling Taiko’ diketuai oleh Achey dan turut dianggotai oleh Rahim, Sharif Zero, Danial, Shahrol Shiro, Mamak Puteh, Sharifah Shahira dan Ozlynn. Kumpulan yang kedua pula iaitu kumpulan ‘King Musang’ juga terdiri daripada barisan pemain yang bukan calang-calang. Diketuai oleh Shuib, ‘King Musang’ dianggotai oleh Syuk Joras, Atu Zero, Fikry, Fad Bocey, Kamal Adli, Amy Mastura dan Zulin.
Share this :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ceritatontons © 2017 ceritonton