Perkahwinan Edie dan Rita tidak kekal sebagai suami isteri. Cinta membara mereka kecundang di tengah jalan hanya selepas 13 bulan mereka berkahwin. Cinta dua darjat itu amat menyakitkan Rita. Dia yang biasa hidup mewah tidak tahan hidup serba kekurangan. Rita meninggalkan Edie ketika anak mereka Atilia berusia 3 bulan. Edie menjadi bapa tunggal dan meneruskan kehidupan mencari rezeki sebagai seorang busker. Edie kemudiannya ditawarkan menjadi ahli kumpulan muzik sebuah syarikat GLC. Pemimpin kumpulan itu, Encik Razali sangat baik. Dia bukan saja tawarkan Edie kerja, malah isterinya, Puan Mariam sudi menjaga Atilia ketika Edie keluar bekerja. Pada hari Edie terima gaji pertama malang menimpa. Ketika dia mahu beli susu dan keperluan Atilia di kedai 24 jam, dia disamun.
Share this :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ceritatontons © 2017 ceritonton