Nizam sangat menyayangi isteri dan anak lelakinya. Mereka sekeluarga hidup dalam suasana harmoni dan mewah. Apa yang diingini oleh Yana pasti Nizam akan turuti. Namun, langit tidak selalu cerah, kilang dia bekerja tutup kerena kegawatan ekonomi. Nizam menyembunyikan hal itu daripada kelurganya. Dia bekerja keras dan masih menuruti permintaan Yana. Rumah tangga mereka mula goyah apabila Yana terjumpa bekas kekasihnya semula. Farouk memanjakan Yana dengan kemewahan dan memberinya banyak perhatian. Farouk juga mahu Yana meminta cerai kepada suaminya dan mulakan hidup baharu bersamanya. Adakah Yana sanggup mendustai perkahwinannya bersama Nizam?
Share this :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ceritatontons © 2017 ceritonton