Menceritakan kisah Dani, seorang gadis yang sering disalah anggap sebagai lelaki. Dani tinggal bersama ibunya Zahara dan adiknya Ira. Manakala Rayqal, seorang ahli perniagaan muda tidak mengetahui Dani sebenarnya seorang gadis, lalu menawarkan pekerjaan kepadanya di kafe yang hanya dikhususkan untuk pekerja lelaki. Dani yang perlu bekerja keras untuk menyara keluarganya menerima tawaran tersebut. Sejak Dani mula bekerja di kafe itu, Rayqal secara tidak sengaja telah jatuh hati kepada Dani. Perasaan ini menyebabkan Rayqal mula meragui seksualiti dirinya kerana di matanya, Dani adalah seorang lelaki. Sementara itu, Dani juga telah mula menyukai Rayqal, namun tidak mahu mendedahkan bahawa dirinya ialah seorang gadis kerana beliau takut kehilangan pekerjaan.
Share this :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ceritatontons © 2017 ceritonton