=== Anugerah DFKL 2018 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2018 mempertandingkan 11 kategori iaitu Aktor Pilihan, Aktres Pilihan, Antagonis Pilihan, Pengarah Pilihan, Penulisan Skrip Pilihan, Lagu/OST Pilihan, Pasangan Pilihan, Drama Pilihan, dan Drama Pilihan tonton VIP, yang ditentukan oleh jumlah undian diterima manakala, Drama Radio Pilihan dan Drama Pendek Pilihan merupakan kategori khas pilihan juri. Undian boleh dibuat bermula 1 Februari hingga 1 April 2018 di laman web rasmi www.dfkl.com.my. Hanya 10 kali undian sahaja yang boleh dibuat setiap hari, di mana undian-undian yang diterima akan dikemaskini setiap dua jam untuk setiap hari. Malam Anugerah DFKL 2018 akan berlangsung di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada 13 Mei ini jam 9 malam dan disiarkan secara langsung di TV3. Dihoskan oleh Ajak Razak dan Nabila Huda
Share this :
ceritatontons © 2017 ceritonton