== === == FIKRI(32 tahun)bekas “food engineer”,kini usahawan makanan dingin beku,sementara isterinya HANANI(32 tahun)pula bekas eksekutif kewangan bank, kini seorang usahawan SPA. Pasangan ini berkahwin ketika masing-masing berusia 23 tahun dan masih di tahun akhir pengajian di universiti.Disebabkan mereka masih belum habis belajar, Hanani tidak ingin punya anak. Dia ambil keputusan untuk ambil pil perancang. Fikri tidak setuju dengan tindakan Hanani kerana ada juga kawan-kawan mereka yang masih belajar, berkahwin dan punya ada anak. Hanani tetap dengan keputusannya,ternyata dalam rumahtangga mereka, Hanani lebih mendominasi dan Fikri banyak mengalah. Selepas habis belajar dan mereka mula bekerja, Fikri minta supaya Hanani berhenti makan pil perancang kerana Fikri mahu mula membina keluarga yang sempurna. Hanani tidak mahu dengan alasan dia nak mantapkan kerjaya dan kukuhkan kewangan mereka. Konflik mula timbul, prinsip mereka berbeza. Fikri percaya rezeki ditentukan oleh Allah.
Share this :
ceritatontons © 2017 ceritonton